Friday 15 June 2012

Post 12: Niat Puasa

Hi,
Ari ni nak kongsi sedikit ilmu. Kadang2 kita ambil die sambil lewa walaupun tu sepatutnya kta perlu tahu.
Mmg blog ni dah jadi campur dengan pelbagai cerita tp tak pe kita die sini hanya untuk berkongsi.

Hari tu tetibe timbul persoalan nak puasa ganti (qada') tapi bila kita boleh mula niat.. Adakah di siang hari atau mula di malam hari untuk puasa keesokannya? dan smpai bila kita boleh niat puasa tu? so saya mula membuat research ttg bila boleh niat puasa. kalau puasa sunat mmg kita sedia maklum, siang tu pun kita boleh niat tp kalau puasa qada'???

Jadi selain dari membaca blog/website2 agama yg ada, saya pun tanya pada seorg ust yg memang saya pernah mengikuti kelas beliau. Siapa beliau? Ini la ustaz Abdullah Yasin. Apa yg saya tanya?? ni dia:

"Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanyakan pada ustaz mengenai puasa qada dan hadith mengenai puasa.
soalan saya
1) bilakah kita boleh mula niat untuk puasa qada. adakah siang hari atau pada malam hari (maghrib) untuk puasa keesokan harinya?
2) hadis 1: "Sesiapa yang tidak niat untuk berpuasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya" (rujukan dari website: Kaedah Memahami Hadis-Hadis yg Saling Bercanggah)
hadis 2: " Sesiapa yang tidak meniatkan puasa pada malam hari sebelum terbit fajar, maka tiadalah puasa baginya" (HR Imam Daruqutni dan Baihaqi dari Aisyah r.a.) (rujukan dari website: blogman)
- adakah kedua2 hadis ini sama? dan sahih?
- adakah hadis ini menjawab soalan saya yg pertama atau hadis ini khas untuk puasa ramadhan sahaja?"
 jawapan dari ustaz:
"Puasa terbagi dua : Puasa Wajib dan Puasa Sunat Kedua2nya wajib niat dan niat adalah salah satu rukun puasa. Hadis2 yg dipaparkan sahih. Hanya saja para Fuqaha ijmak puasa wajib mesti niat pd wktu malam yakni antara Maghrib hingga Subuh sdngkn puasa sunat pula boleh niat pd wktu siang asalkan blum makan sesuatu. Puasa Qadhak Rmdhn termasuk puasa WAJIB, oleh itu mesti niat pd wakt MALAM wslm"

Jadi persoalan saya telah terjawab. Jazaaka Allahu khairan ustaz. Itu saja ilmu perkongsian saya. Semoga kita boleh berkongsi ilmu lagi 
(Source: Ibadah puasa)

(^_^)v

No comments:

Post a Comment